Classic Chocolate Chips
Cookie oat dengan choc chips premium. Ada oat, flaxseed, wheat germ, brewer's yeast & pure malt.
11 keping · 300g · individually wrappedSatu kotak 300g, 11 keping cookie besar (lebih kurang 27g sekeping). Penuh dengan oat, flaxseed, brewer's yeast & pure malt, less sweet dan tanpa pengawet. Setiap keping dibungkus individually, senang bawa & kekal fresh. Freshly baked setiap Isnin–Jumaat, sedap dikunyah masa menyusu atau pumping tengah malam.
Menemani mommies menyusu
Normal sangat, mommy. Ramai yang lalu benda sama. Sebab tu sejak 2012 kami bake snek untuk mommies menyusu: guna bahan yang mommies dah percaya turun-temurun, dan sedap sampai jadi "me-time" kecil korang setiap hari.
6 sebab mommies terus kembali kepada MMM, kotak demi kotak.
5 dalam cookies, 5 lagi dalam brownies. Makan kedua-duanya ikut rutin kami, mommy dapat kesemua 10 sekali gus. Kami pilih bahan yang ibu-ibu dah amalkan turun-temurun, bukan perisa semata-mata.
Kami dah bake biskut laktasi sejak 2012, jauh sebelum ia jadi trend. Bermula dari dapur rumah, untuk seorang sahabat yang baru bersalin. Hari ini, resipi yang sama terus diperbaiki untuk generasi mommies seterusnya.
Kami tak simpan stok berbulan-bulan dalam gudang. Order mommy dibake, kemudian terus dipos:
Tiada pengawet, tiada minyak terhidrogen. Sebab tu snek kami memang tak tahan bertahun, dan kami bangga dengan tu. Apa yang mommy makan, itulah yang baby dapat.
Jangan kira berapa keping, kira berapa gram mommy dapat. Kebanyakan jenama lain RM25–45 setiap 100g.
Cookie lain biasanya 7–19g je. 2 keping MMM pun dah puas, dan satu kotak penuh 300g.
| Mom More Milk | Kebanyakan jenama lain | |
|---|---|---|
| Tanpa pengawet & minyak terhidrogen | Ya | Tak semua |
| Saiz sekeping | ±27g | 7–19g |
| Harga setiap 100g | RM13 | RM25–45 |
| Pure malt, torbangun & alfalfa | Ada | Jarang |
| Bahan laktogenik (cookies + brownies) | 10 | Tak semua |
| Bake ikut order, terus pos | Ya | Tak semua |
| Dalam pasaran sejak | 2012 | — |
10 bahan semula jadi yang ibu-ibu kita dah amalkan turun-temurun. Bukan perisa tiruan, bukan pil: bahan sebenar, kami bake jadi snek yang sedap.
Oat
Bijirin penuh, tinggi serat & zat besi. Antara snek paling popular di kalangan mommies menyusu.
Flaxseed
Kaya omega-3 & serat. Lemak baik untuk mommy yang tengah menyusu.
Pure Malt
Dari barli. Secara tradisi diambil ibu menyusu, dan bagi rasa lemak-manis yang sedap.
Brewer's Yeast
Sumber vitamin B, protein & zat besi. Dah lama diamalkan ibu-ibu menyusu.
Wheat Germ
Tinggi zink, vitamin E & folat. Padat zat dalam setiap gigitan.
Kurma
Tenaga semula jadi. Dari dulu jadi makanan wajib mommy berpantang.
Alfalfa
Kaya vitamin & mineral. Herba yang popular dalam produk penyusuan.
Torbangun
Daun bangun-bangun. Turun-temurun dimakan ibu berpantang di Indonesia untuk penyusuan.
Moringa
Daun kelor. Tinggi zat besi, kalsium & vitamin A. Superfood untuk mommy.
Fenugreek
Halba. Antara herba penyusuan paling terkenal di dunia, diamalkan sejak zaman berzaman.
Jarang ada di Malaysia
Torbangun (daun bangun-bangun) ni makanan wajib ibu-ibu Batak di Sumatera Utara lepas bersalin. Dah beratus tahun mereka makan sup daun torbangun masa berpantang dan menyusu. Kat Indonesia, torbangun popular sangat sampai jadi bahan kajian penyelidik universiti.
Bahan dalam cookies dan brownies lain-lain, jadi bila digabungkan, mommy dapat kesemua 10 bahan laktogenik sekali gus. Untuk mommies yang betul-betul risau pasal supply, ini rutin yang kami selalu cadangkan:
Lagi banyak beli, lagi jimat: 3 kotak jimat RM3 sekotak + FREE shipping, 6 kotak jimat RM5 sekotak. Boleh campur perisa.
Cookie oat dengan choc chips premium. Ada oat, flaxseed, wheat germ, brewer's yeast & pure malt.
11 keping · 300g · individually wrapped
Double chocolate dengan cranberry masam-manis. Ada oat, flaxseed, brewer's yeast, wheat germ & pure malt.
11 keping · 300g · individually wrapped
Brownies coklat yang moist dengan 5 herba: kurma, alfalfa, torbangun, moringa & fenugreek.
12 keping · 220g · individually wrapped · untuk lepas bersalin je“Sweet but not so sweet, just nice. Not so crunchy, more to the chewy side. Each packed in a big piece… really fill the stomach, snacking while breastfeed. Can also be a dessert.”
“Mcm soft cookies, feveret saya yg kaler biru, mmg sedap. Sedap sgt, ingatkan x sedap tapi sedap rupanya.”
“Had been ordered this so many times already and it suit me well. Nice and delicious.”
“Bayar harini, esok barang dah sampai. Barang terima dalam keadaan baik. I'm happy!”
“Less sweet and chocolaty. Dense and good for snacking while breastfeeding.”
“Tasted amazing, not sweet at all. Soft cookies, individually packed to retain freshness. These cookies are yummy!”
Pilih pakej, lepas tu mix & match perisa ikut citarasa mommy. Lagi banyak kotak, lagi besar diskaun. Boleh pecah bayaran dengan Atome atau SPayLater.
Hadiah paling berguna untuk mommy baru bersalin, confirm dia hargai. Kotak-kotak MMM diikat reben cantik, siap dengan kad "to a Beautiful Mommy". Kami hantar terus ke rumah dia.
First time? Start dengan Classic Choc Chips. Chocolate lovers, ambil Black Forest. Nak yang paling padat, Brownies Superfood (lepas bersalin je). Tak boleh decide? Ambil Pakej Best Seller, rasa ketiga-tiga.
Sebab cookie kami BESAR, lebih kurang 27g sekeping. Kira ikut gram, MMM antara yang paling berbaloi: RM13 setiap 100g, bila kebanyakan jenama lain RM25–45.
Kami cadangkan gabung cookies + brownies: 1 cookie + 1 brownies waktu pagi, dan 1 cookie + 1 brownies waktu petang atau malam. Amalkan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Setiap mommy lain-lain, jadi kalau ada masalah supply yang serius, borak juga dengan lactation consultant atau doktor ye.
Brownies Superfood untuk lepas bersalin je. Ada fenugreek, jadi elakkan kalau ada masalah thyroid, gula dalam darah (macam diabetes) atau tengah ambil ubat pencair darah. Untuk cookies pun, kami sarankan tanya doktor dulu sebelum makan masa pregnant.
Isnin–Jumaat, kami bake dan pos pada hari yang sama. Order Sabtu? Kami dah bake lebih pada hari Jumaat khas untuk mommy. Order Ahad pula dibake dan dipos hari Isnin. Tak dapat lagi fresh dari ni! Ada mommies yang bayar hari ni, esok dah sampai! Sabah & Sarawak biasanya ambil masa lebih sikit.
Cookies tahan 6 bulan dan brownies 1 bulan dari tarikh bake. Shelf life kami pendek sebab kami guna bahan semula jadi. Lepas buka, simpan dalam bekas kedap udara di tempat sejuk & kering, jauh dari cahaya matahari.
Semua bahan kami dari sumber halal. Buat masa ni kami belum ada sijil Halal JAKIM.
FREE shipping untuk 3 kotak ke atas. Freshly baked Isnin–Jumaat, khas untuk mommy.
Pilih Pakej Saya Ada soalan? WhatsApp kami